Serius : Pemandu Teksi Pulangkan 3 Juta Baht Yang Dijumpainya (2 Gambar)





BANGKOK - Seorang pemandu teksi mengambil keputusan untuk memulangkan empat kotak berisi 3 juta baht (RM300,000) kepada kakitangan trak penghantaran tunai selepas menjumpainya di tepi jalan raya dalam ibu kota, awal pagi kelmarin.

Pongsin Jirakulthawornpat, 45, berkata beliau menjumpai kotak berkenaan sewaktu melalui Jambatan Rama III.

"Saya dapati, kotak-kotak ini amat berat dan bimbang akan menyebabkan kemalangan, jadi saya bawanya pulang ke rumah.



"Pada keesokan pagi, saya dapati kotak-kotak ini mengandungi wang tunai dan dipunyai Syarikat Brink," katanya merujuk kepada syarikat keselamatan dan perlindungan di negara itu.

Sementara itu, seorang daripada kakitangan syarikat, Tossaphorn Rewnak, 35, mengakui kumpulannya telah kehilangan beg berisi kotak duit berkenaan sewaktu melakukan penghantaran tunai ke mesin juruwang automatik (ATM) Bank Komersial Siam, jam 1.45 pagi. - Agensi

p/s : Faith in humanity = restored!




Follow On Twitter